BINTANG tenis Australia, Nick Kyrgios mencipta sensasi apabila menyingkirkan juara bertahan Daniil Medvedev sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Kyrgios yang berstatus nombor 25 dunia itu meranapkan impian pemain nombor satu dunia dari Rusia apabila melakar kemenangan 7-6(11), 3-6, 6-3, 6-2.
Iklan
Iklan
"Ia adalah perlawanan yang sengit. Daniil tampil dengan status juara bertahan secara tidak langsung dia berdepan banyak tekanan.
"Jelas sekali jika anda melihatnya di atas kertas, saya mungkin tidak jangka memenang. Mungkin ambil satu atau dua set jika saya bernasib baik. Ia adalah kemenangan yang hebat.
Kekalahan Medvedev menyaksikannya harapannya untuk menjadi pemain lelaki pertama mempertahankan kejuaraan Terbuka AS selepas Roger Federer pada 2008 juga tidak kesampaian.
Kemenangan itu membolehkan Kyrgios berdepan pemain pilihan ke-27 dari Rusia, Karen Khachanov di pusingan seterusnya.
Artikel Berkaitan