Tok Mat wajar ke Parlimen

Iklan
Mohamad dan Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad berpandangan langkah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di peringkat Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah wajar.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkongsi pandangannya dalam menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau merasakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau harus diberikan peluang untuk terus bertanding di peringkat Parlimen kerana khidmatnya masih lagi ditagih.

"Khairy orang muda dan secara umumnya harus diberikan peluang untuk terus bertanding dan dapat berkhidmat untuk negara,” katanya.

Iklan

Khairy pada Ahad memaklumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau miliknya bagi memberi ruang kepada Tok Mat untuk bertanding pada PRU 15.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut memberitahu beliau masih belum mempunyai kerusi Parlimen baharu untuk diintai pada pilihan raya tersebut nanti.

Iklan

Sementara itu, Tok Mat yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan merupakan ADUN Rantau mengumumkan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada PRU15 serta mempertahankan kerusi DUNnya.

Jelasnya, sebagai timbalan presiden parti, beliau perlu memainkan peranan yang lebih tinggi di peringkat Parlimen.