Tuan Ibrahim diharap tangani masalah air Kedah-Pulau Pinang
Iklan
Chow Kon Yeow
BALIK PULAU - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berharap Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air dapat menangani masalah air yang membabitkan Pulau Pinang dan Kedah.
Kon Yeow berkata sebagai menteri, Tuan Ibrahim perlu bertanggungjawab memastikan semua negeri mempunyai sumber air mentah yang mencukupi.
"Saya rasa menteri berkenaan perlu lihat dirinya sebagai menteri Malaysia, untuk menangani masalah melibatkan negeri-negeri dan bukan sebagai menteri Pas, sebab pihak itu (Kedah) membabitkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas,” katanya selepas Majlis Penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Pulau Pinang, yang akan mengharungi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, di sini pada Isnin.
Beliau berkata, Kerajaan Pulau Pinang akan terus membangkitkan isu air dalam semua jenis mesyuarat peringkat Persekutuan yang dihadiri, kerana berpendapat masalah itu bukan sekadar membabitkan satu atau dua negeri, tetapi adalah isu nasional.
Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang dilaporkan berkata, Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab moral membayar kepada Kedah, berhubung sumber bekalan air yang diambil dari Sungai Muda.
Jumaat lepas, Tuan Ibrahim berkata, Pulau Pinang mempunyai hak mengambil air dari Sungai Muda, namun aliran sungai berkenaan bermula di hutan di Ulu Muda, Kedah, perlu dipelihara dan dilindungi daripada pembalakan menyebabkan Kedah kehilangan sumber pendapatan yang berpotensi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa mencadangkan, supaya kerajaan Persekutuan berusaha untuk mendapatkan pampasan Persekutuan untuk Kedah, dan bukannya memaksa Pulau Pinang membayar Kedah untuk air dari Sungai Muda.
Jaseni berkata, Pulau Pinang tidak membayar Kedah untuk air mentah dari Sungai Muda, kerana tiada kewajipan undang-undang yang memaksa Pulau Pinang membayar air mentah yang diabstrak dari Sungai Muda.
"Adalah menjadi tugas Menteri Alam Sekitar dan Air untuk mendapatkan dana Persekutuan daripada Kerajaan Persekutuan, untuk memulihara Ulu Muda dan Sungai Muda dan bukannya memaksa Pulau Pinang membayar Kedah,” katanya.
Jaseni berkata, menteri Persekutuan hendaklah fokus kepada pampasan persekutuan untuk pemuliharaan Ulu Muda dan Sungai Muda di Kedah. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam