Tokoh kewangan Islam pemilik saham terbesar KDA FC

Iklan
Mohd Daud diumumkan sebagai pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn Bhd. - Foto Facebook Dr Mohd Daud Bakar

TOKOH kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar diumumkan sebagai pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn Bhd pada Isnin.

Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam satu kenyataan berkata, Mohd Daud sebelum ini aktif memacu kelab itu sebagai penaung melalui pendanaan kelab serta jaringan besar dengan syarikat korporat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peranan penaung kelab itu dilihat akan lebih besar dengan menentukan halatuju kelab bolasepak ini ke peringkat lebih tinggi.

"Sukacitanya dengan ini, Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) mengumumkan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar adalah pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn. Bhd.

Iklan

"Selaras dengan era penswastaan kelab bolasepak di Malaysia, penambahan pegangan saham dilihat strategi lebih dinamik untuk menarik lebih banyak peluang perniagaan di era bolasepak moden," katanya.

KDA FC berkata lagi, Mohd Daud adalah seorang usahawan dalam pelbagai bidang di samping memimpin beberapa agensi besar di negara ini.

Iklan

Jelasnya, tepat pada masanya buat tokoh tersebut untuk terus membangunkan kelestarian kewangan, tadbir urus dan tata kelola, fasiliti, prasarana serta kualiti pemain dan kejurulatihan dalam KDA FC.

"KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kerajaan negeri Kedah Darul Aman dan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman dalam memacu dengan cemerlang pasukan bolasepak Kedah memperoleh kejayaan tempatan dan serantau terutamanya dari aspek kewangan dan kemudahan infrastruktur untuk kegunaan pasukan.

"Pemilikan saham oleh individu seperti Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar adalah langkah awal KDA FC ke arah penswastaan sepenuhnya sebelum 2023," ujar KDA FC