Kisah kongsi rezeki di hari Jumaat

Iklan
Gambar poket dipenuhi coklat yang dimuat naik InjangNation di laman mikro Twitter, miliknya.

SEMPENA penghulu segala hari, seorang pemuda mengambil kesempatan dan keberkatan hari ini untuk menyampaikan sedekah sebelum menunaikan solat Jumaat.

Tindakan pemuda yang menggunakan nama InjangNation di laman mikro Twitter menjadi tular dan rata-rata netizen mendoakan dia dimurahkan rezeki.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini adalah kali pertama dia berbuat demikian.

"Sebab masjid aku tidak ada Rela atau trafik yang jaga kerana kawasan kampung dan parking pun banyak, aku buat keputusan untuk sampaikan #SalamMuhibbah aku hari ini pada adik-adik yang datang memeriahkan masjid.

Iklan

"Turun kereta tadi tengok poket aku dah kembung macam Santa Claus. Risau kalau mereka tak nak ambil. Tak pasal aku kena solat dengan poket kembung. Masa jalan menuju masjid, nampak sekumpulan budak lebih kurang enam orang.

"Muka mereka nampak cemas bila aku menuju ke arah mereka. Cepat-cepat aku bagi salam dan beri mereka coklat dari dalam poket. Nampak betapa terujanya mereka dengan pemberian aku yang tak seberapa tu,” tulisnya.

Iklan

Tidak hanya bersedekah, InjangNation juga sempat berpesan supaya tidak membuang sampah merata-rata dan berhasrat untuk membawa lebih banyak coklat minggu depan.

"Jadi macam tu lah pengalaman pertama aku melaksanakan projek"SalamMuhibbah. Sedikit tapi bernilai. Sama-sama kita doakan semoga aktiviti ini berterusan sampai bila-bila,” akhirinya.

InjangNation sebelum ini dalam ciapannya menulis,"esok Jumaat so aku ada something nak propose kat hampa. Kalau masjid yang hampa pi ada RELA or mana-mana badan sukarela lain yang tolong jaga trafik dan keselamatan kenderaan waktu solat Jumaat, belanja depa ayaq sejuk or huloq la sekupang dua. Kita jadikan benda ni weekly activity. On?"

Namun, disebabkan tiada anggota keselamatan yang bertugas di masjid tempat dia bersolat, maka coklat yang dibawa diagihkan kepada kanak-kanak yang berada di situ.

Tindakan pemuda itu rata-rata mendapat reaksi positif warganet.