Saya juga mahu mati di sini: Fafau

Iklan
Fara Fauzana

PENGACARA popular, Fara Fauzana berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika mengerjakan ibadah umrah.

Menurut Fara atau mesra dipanggil Fafau, pada mulanya dia merasa cemburu mendengar cerita rakan baiknya, Faizal Ismail yang dapat mengusung jenazah hingga ke tanah perkuburan ketika berada di Madinah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun selepas selesai melakukan saie, selebriti berusia 39 tahun ini di beri peluang melihat laluan jenazah di Tanah Suci Makkah.

"Seronok mendengar cerita Faizal Ismail dapat mengusung jenazah sehingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah.

Iklan

"Sebagai kawan, mestilah saya gembira dan sedikit cemburu sebab hanya kaum lelaki sahaja yang dapat merasai penglaman itu.

"Allah maha adil, Allahuakhbar. Semalam ketika saya selesai bersaie untuk ibadah umrah di bahagian atas lalu terlintas untuk sembahyang Isyak di kawasan dataran sahaja.

Iklan

"Bila saya turun ke bawah, entah laluan mana saya ikut dan membawa saya kepada kawasan yang agak ramai orang menunggu di depannya.

"Dalam fikiran saya mesti ada sesuatu kat sini kalau tidak mereka takkan tunggu ramai2 (sebab selalunya orang akan berpusu-pusu di bahagian depan Kaabah).

"Jadi saya putuskan untuk sembahyang Isyak bersama yang lain di situ. Selesai solat Isyak lalu palang dibuka maka kaum lelaki di depan saya meluru ke dalam seperti mahu merebut sesuatu.

"Rupanya itulah laluan jenazah yang bakal disembahyang oleh ribuan atau mungkin jutaan umat Islam pada satu-satu masa," tulisnya di Instagram.

Tambah Fafau, pemandangan itu membuatkan dia berharap meninggal dunia di tanah suci suatu hari nanti.

"Allahuakhbar. Inilah pengalaman pertama saya melihat jenazah lalu di depan mata ketika di tanah suci.

"Saya juga mahu mati disini. Moga Allah mendengar doa kita semua. Ameen," ujarnya.