Tikaman rambang di Kanada: Seorang suspek dijumpai mati

Iklan
Polis Diraja Kanada (RCMP). - Foto Reuters

OTTAWA - Polis Kanada pada Isnin memaklumkan seorang suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tikaman secara rambang di wilayah Saskatchewan, ditemukan maut, lapor Xinhua.

Polis Diraja Kanada (RCMP) memaklumkan pada sidang media bahawa mayat yang dijumpai Ahad, disahkan sebagai salah seorang suspek dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Kami mengesahkan lelaki itu mengalami kecederaan.

"Setakat ini, kami percaya kecederaan dialami suspek bukan dilakukan sendiri.

Iklan

"Angka kematian akibat insiden itu telah mencecah 11 orang, manakala 19 lagi cedera,” menurut polis.

Polis mengesahkan kedua-dua suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi suspek yang masih dalam buruan mungkin mengalami kecederaan.

Iklan

Pada Ahad, 10 orang terbunuh, manakala 15 yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital selepas ditikam secara rambang di 13 lokasi di James Smith Cree Nation dan Weldon.

Amaran individu berbahaya telah dikeluarkan dan pihak polis telah melakukan sekatan dan pemeriksaan di seluruh Saskatchewan.

Perdana Menteri Justin Trudeau bercakap kepada media pada Isnin dan menjanjikan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

"Keganasan seperti ini, semua jenis keganasan, tidak boleh diterima di negara kita," kata Trudeau.

Trudeau berkata, pihaknya sedang memantau situasi terkini dan beliau telah menghubungi kepimpinan James Smith Cree Nation dan ketua menteri Saskatchewan.

Kerajaan persekutuan akan turun padang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa wilayah itu, katanya.

"Hari ini dan esok, bendera di Menara Keamanan akan dikibarkan separuh tiang, sebagai mengenang mereka yang terkorban akibat serangan di Saskatchewan, dan sebagai tanda solidariti bersama mereka yang terjejas akibat insiden ini,” katanya sebelum ini di Twitter.

James Smith Cree Nation mengisytiharkan darurat, berkuatkuasa serta merta sehingga 5 petang (2300 GMT) 30 September. - Bernama