Sekurang-kurangnya 46 maut, 16 hilang gempa bumi landa China

Iklan
Runtuhan batu akibat gempa bumi melanda daerah Luding. - Foto Agensi Berita Xinhua.

BEIJING - Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh manakala 16 lagi masih hilang selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda barat daya China, Sichuan, menurut pihak berkuasa tempatan, pada Isnin.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China memaklumkan, gempa bumi pada kedalaman 16 kilometer (km) itu melanda daerah Luding di Wilayah Autonomi Tibet Ganzi pada 12:52 tengah hari waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, lebih 50 orang dilaporkan cedera.

Presiden China Xi Jinping menggesa"usaha menyelamat digiatkan untuk meminimumkan angka korban", menurut media tempatan.

Iklan

Terletak di garisan sesar utama, Sichuan merupakan antara lokasi di China yang paling kerap dilanda gempa bumi kuat.

Pada 2008, 69,000 orang terbunuh akibat gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter melanda 80 kilometer dari Chengdu.

Iklan

Pada 2013, gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan kawasan berhampiran bandar Ya'an, dan meragut hampir 200 nyawa. -Bernama