Teguh Bersama Jati promosi produk Serba Wangi

Iklan
Pasangan selebriti, DurianKimchi hadir memeriahkan festival Teguh Bersama Jati yang diadakan di IOI Mall, Putrajaya.

SYARIKAT pengeluar pelbagai jenama beras antaranya Jati, Serba Wangi Sdn. Bhd (Serba Wangi) telah menganjurkan festival Teguh Bersama Jati di pusat beli-belah, IOI Mall, Putrajaya sebagai strategi untuk mempromosikan produknya.

Serba Wangi dalam satu kenyataan berkata, festival itu diadakan selama tujuh hari bermula 29 Ogos hingga 4 September lalu dan produk kebanggaan syarikat iaitu Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Iklan
Iklan

"Festival ini bagi mendekatkan diri dengan pengguna Jati dan mengetengahkan jenama itu terus kepada orang ramai.

"Pelbagai aktiviti menarik bertemakan kemerdekaan telah diadakan seperti mewarna, persembahan kebudayaan dan stesen permainan untuk memberikan informasi berkaitan padi dan beras kepada pengungjung. Festival juga dimeriahkan dengan kehadiran pasangan personaliti terkenal, DurianKimchi,” jelas kenyataan itu.

Iklan
Orang ramai yang hadir ke festival Teguh Bersama Jati.

Menurut kenyataan itu, turut diadakan cabutan bertuah berserta hadiah yang menarik dan pemenangnya akan diumumkan pada 12 September ini melalui Live facebook Jati.

Jelasnya, Serba Wangi juga amat prihatin dengan kebajikan golongan kurang bernasib baik, ditambah pula dengan kenaikan inflasi yang mencabar.

Iklan

"Melalui festival ini, Serba Wangi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang dengan mendermakan beras secara terus sepanjang festival diadakan.

"Hal ini sejajar dengan tema festival ini yang diilhamkan bersempena tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, merujuk kepada kesepaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu.

"Sumbangan itu dapat membantu merealisasikan aspirasi tersebut serta menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

"Sumbangan dikumpulkan akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan. Serba Wangi berasa amat bertuah kerana dapat merasai sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan pada tahun ni bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain," menurut kenyataan itu.

Teruskan mengikuti Jati di laman sosial Facebook dan Instagram @JatiMalaysia kerana terdapat pelbagai lagi program menarik menanti seperti Trak Jati yang sedia untuk menjelajah sekitar Lembah Klang bermula September ini.