Nestle, Uncle Bob lancar menu berasaskan tumbuhan

Iklan
Woon Lain (kiri) dan Kelvin (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Harvest Gourmet x Uncle Bob di ITCC Penampang, Sabah pada 31 Ogos lepas.

SHAH ALAM - Nestle Malaysia (Nestle) menerusi Nestle Profesional bekerjasama dengan Uncle Bob telah melancarkan menu tanpa daging pertama Uncle Bob menggunakan rangkaian produk berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet daripada Nestle.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nestle Profesional, Yit Woon Lai berkata, menu itu dihidangkan di 89 restoran Uncle Bob di Sabah untuk memberi pilihan kepada rakyat Malaysia yang mahu mencuba sajian pengganti daging sambil terus menikmati rasa kelazatan ayam goreng rangup daripada Uncle Bob.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menu berasaskan tumbuhan itu akan menggunakan schnitzel berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet dan nuget berasaskan tumbuhan yang baru dilancarkan.

"Rangkaian berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet membolehkan kami memenuhi keperluan pengguna yang semakin menitikberatkan soal kesihatan dan mahu merangkumkan makanan alternatif berasaskan tumbuhan dalam diet masing-masing.

Iklan

"Kesedaran tentang makanan berasaskan tumbuhan dan pengambilannya terus meningkat di Malaysia, kami berharap untuk menggiatkan kerjasama dengan rakan-rakan makanan dan minuman (F&B) kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Woon Lai (tiga dari kiri) bersama Kelvin (empat dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Harvest Gourmet x Uncle Bob Menu di ITCC Penampang, Sabah pada 31 Ogos lepas.

Sementara itu, Pengarah Uncle Bob, Kelvin Ng berkata, Uncle Bob bakal menjadi pengendali F&B pertama yang menghidangkan menu berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet di Sabah dan ingin memanfaatkan kerjasama ini meluaskan segmen berasaskan tumbuhan di Malaysia.

Iklan

"Kami berbesar hati kerana telah dipilih oleh Nestle, salah satu syarikat pengeluar F&B terbesar di dunia untuk menjadi sebahagian daripada usaha melancarkan produk berasaskan tumbuhan 100 peratus di Sabah.

"Makanan berasaskan tumbuhan tanpa daging adalah satu kemajuan besar dalam industri F&B di Borneo dan Uncle Bob berbangga untuk menjadi jenama perintis yang memperkenalkannya di sini,” katanya.

Boleh didapati di Sabah mulai Ogos 2022, menu berasaskan tumbuhan pertama Uncle Bob akan menawarkan hidangan seperti bukan ayam goreng berasaskan tumbuhan, burger segi empat panjang berasaskan tumbuhan, nuget keemasan rangup berasaskan tumbuhan dan nuget keemasan KBOB berasaskan tumbuhan yang disediakan secara ala-carte dan juga sebagai set sajian yang disertakan dengan minuman milo atau Sjora pada harga antara RM9.90 hingga RM11.90.