JPJ Perak pantau lokasi kenderaan berat

Iklan
Mohammad Yusoff

SUNGAI SIPUT - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak membuat pemantauan secara berterusan di lokasi yang kerap dilalui kenderaan berat sepanjang cuti sekolah susulan rungutan orang ramai.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada pihak JPJ di lokasi-lokasi yang kerap dilalui kenderaan berat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini tumpuan diberikan di tiga laluan di negeri ini iaitu Ipoh-Gopeng, Taiping-Trong dan Kuala Kangsar-Sungai Siput.

"Sekarang ini kita buat Operasi Lejang (Ops Lejang) dan masih berlangsung. Kita akan membuat operasi secara berkala dan kalau aduan sampai kepada kami, kita akan tengok tempat yang kerap berlaku.

Iklan

"Pihak kami sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab tetapi kalau ada aduan boleh salurkan kepada kami pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Lesen Motosikal Perak Sejahtera di Orang Asli One Stop Center, Bawong di sini pada Selasa.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zokafly Harun.

Iklan

Sementara itu, mengenai Ops Lejang melibatkan motosikal, Mohamad Yusoff berkata, sepanjang bulan Oktober lalu, sebanyak 7,391 buah motosikal diperiksa dan sejumlah 2,684 daripadanya diambil tindakan.

Menurutnya, dalam tempoh yang sama, sebanyak 3,351 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh antara kesalahan tertinggi direkodkan.

Katanya, sebanyak 48 motosikal juga telah disita sepanjang operasi berkenaan.