Kes gangguan seksual pelakon remaja dalam perhatian KPWKM

Iklan
Siti Zailah (depan) bersama tetamu dan peserta Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak pada Selasa.

PASIR MAS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius mengenai isu membabitkan pelakon remaja yang mendakwa menjadi mangsa penderaan dan gangguan seksual bapanya.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya sudah merujuk polis yang menyiasat kes itu dan dimaklumkan perkara itu sedang dalam perhatian.

Iklan
Iklan

"Saya juga ingin maklumkan di sini bahawa individu yang mengambil sikap 'berpeluk tubuh' daripada melaporkan kes penderaan kanak-kanak, sedangkan mengetahui apa yang berlaku, bakal berdepan hukuman dan kewajipan terbabit selaras dengan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001, yang diluluskan pada 2016," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak di sini pada Selasa.

Siti Zailah menegaskan, pihaknya berharap agar tindakan sewajarnya diambil jika apa yang diperkatakan itu benar berlaku demi mendapatkan keadilan sewajarnya.

Iklan

Pelakon remaja itu baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya.

Pendedahan pelakon itu turut menerima respons Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Iklan

Rina memaklumkan bersedia bertemu dengan pelakon tersebut untuk siasatan lanjut.