REMBAU - Lima buah kenderaan baharu jenis Honda musnah selepas treler bersendi yang membawa muatan kenderaan berkenaan terbakar di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat Pedas, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian jam 5.24 petang itu berlaku ketika treler berkenaan yang membawa enam kenderaan Honda dalam perjalanan dari kilang Honda menghala ke Pulau Pinang.
Keadaan kereta Honda yang musnah. - Foto Ihsan polis