SERDANG- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjanjikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2020 (MAHA 2020) yang lebih baik dan besar berbanding tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pameran yang dianjurkan dua tahun sekali itu akan lebih mengagumkan sekali gus menarik minat orang ramai berkunjung ke tapak MAHA 2020 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.
Iklan
Iklan
"Justeru, dua tahun akan datang kita bakal menjayakan MAHA yang lebih baik, lebih besar dan mengagumkan.
"Saya yakin kita mampu bergerak ke hadapan bersama-sama dalam memajukan MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan memberikan 'hadiah' kepada rakyat dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Apresiasi MAHA 2018 di MAEPS di sini hari ini.
Pada majlis tersebut Salahuddin turut melancarkan logo MAHA 2020 dan menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan MAHA 2018.
Artikel Berkaitan