Seorang pekebun pisang Ahmadul Masrah Alias, 27, melihat tanaman pokok pisang di kebunnya yang musnah selepas dirosakkan oleh sekumpulan gajah liar di Kampung Basong hari ini.
Pemuda tersebut berkata akibat kejadian itu beliau terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 termasuk RM20,000 wang simpanannya sejak 10 tahun lalu yang telah digunakan sebagai modal untuk mengusahakan kebun tanaman itu.
Lebih 30 pekebun pisang, getah dan sawit di Kampung Basong di sini menanggung kerugian keseluruhan berjumlah ratusan ribu ringgit selepas tanaman mereka musnah angkara sekumpulan gajah liar sejak empat tahun lalu.