Punca letupan misteri di Semenanjung Lefevre belum diketahui

Iklan
Latihan ketenteraan tentera Australia dipercayai penduduk Semenanjung Lefevre mungkin menyebabkan berlakunya letupan misteri pada Selasa. - Foto defencea

ADELAIDE - Satu siri letupan misteri menggegarkan Semenanjung Lefevre di Australia Selatan, sehingga ada ketikanya berlaku setiap selang 15 minit pada Selasa sekali gus membingungkan penduduk yang tidak mengetahui dari mana puncanya.

Letupan itu telah menggegarkan rumah-rumah di Semenanjung Lefevre, Australia Selatan, kira-kira 15 kilometer dari barat laut Adelaide.

Iklan
Iklan

Penduduk melaporkan bunyi dentuman dari jauh, anjing berlari mencari perlindungan dan rumah-rumah bergegar tetapi mereka tidak mempunyai penjelasan tentang punca gegaran itu.

Seorang penduduk dari Teluk Largs, berkata, letupan itu menjadi lebih kerap pada sebelah tengah hari sehingga berlaku selang 15 minit, lapor The Advertiser.

Iklan

Menurut seorang wanita dari Semaphore, Leah Baguley, letupan itu kedengaran sangat kuat.

Laman web pemantauan gempa bumi menyatakan tiada gegaran ketara berlaku di Australia Selatan sepanjang 24 jam yang lalu.

Iklan

Pemantauan daripada pihak Geoscience Australia merekodkan terdapat gempa bumi kecil dengan magnitud 3.4 di tengah Victoria, di Rushworth, sejurus selepas tengah hari.

Namun, Rushworth berada lebih 700 kilometer (km) dari Semenanjung Lefevre.

Beberapa penduduk tempatan di Semenanjung Lefevre membuat spekulasi letupan itu mungkin berpunca daripada latihan Angkatan Pertahanan Australia.

Terdapat tapak latihan tentera Australia berhampiran Pelabuhan Wakefield, 80km dari Semenanjung Lefevre.

Bagaimanapun, sehingga kini punca letupan tersebut masih lagi belum diketahui. - Agensi