Apple didenda RM10.53 juta kerana pengecas iPhone

Iklan
Syarikat Apple didenda RM10.53 juta kerana menjual iPhone tanpa pengecas di Brazil. - Foto AFP

BRASILIA - Syarikat Apple dihalang daripada menjual telefon pintar, iPhone tanpa pengecas di Brazil dan telah didenda lebih daripada 12 juta reais (RM10.29 juta) berhubung isu itu, kata kerajaan pada Selasa.

Dalam notis rasmi, pihak berkuasa Brazil mengarahkan penggantungan serta-merta pengedaran telefon pintar iPhone tanpa mengira model atau generasi yang tidak disertakan dengan pengecas bateri.

Iklan
Iklan

Kementerian Kehakiman dan Keselamatan Awam Brazil mengarahkan syarikat dari California, Amerika Syarikat (AS) itu membayar denda 12.28 juta reais (RM10.53 juta).

Apple telah disiasat di Brazil sejak Disember tahun lalu kerana penjualan produk yang tidak lengkap, diskriminasi terhadap pengguna dan pemindahan tanggungjawab kepada pihak ketiga dengan menawarkan iPhone 12s serta versi yang lebih baharu tanpa pengecas untuk salur keluar kuasa, menurut satu kenyataan rasmi.

Iklan

Syarikat itu pernah berdepan denda daripada agensi negara Brazil sebelum ini tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk meminimumkan bahaya dan sehingga kini terus menjual peranti selular tanpa pengecas, kata kenyataan itu.

Menurut pihak berkuasa Brazil, Apple mendakwa bahawa keputusan untuk mengecualikan pengecas daripada jualan iPhone datang daripada komitmen alam sekitar.

Iklan

Namun, pihak kementerian itu memutuskan tidak ada demonstrasi perlindungan alam sekitar yang berkesan di bumi Brazil akibat daripada dasar Apple dan menuduh syarikat itu mengamalkan diskriminasi yang disengajakan terhadap pengguna. - AFP