'Doakan kejayaan kami'

Iklan
Akram

"DOAKAN kejayaan kami”.

Itu permintaan pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City, Akram Mahinan memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan mereka apabila beraksi menentang wakil India, ATK Mohun Bagan pada separuh akhir Piala AFC Antara Zon di Stadium Salt Lake, Kolkata, India, Rabu ini.

Iklan
Iklan

Akram bersama rakan sepasukan bersedia 100 peratus dari segi mental dan fizikal untuk melakar satu lagi sejarah dalam arena bola sepak Malaysia.

"Semua pemain bersedia. Kami mahu cipta sejarah lagi untuk KL City FC dan mara ke peringkat lebih tinggi.

Iklan

Dalam pada itu, Akram turut mengakui perjalanan panjang ke India sedikit memberi kesan kepada persiapan pasukannya menjelang perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Kedah itu enggan menjadikan ia sebagai alasan buat para pemain untuk mempamerkan aksi terbaik menentang Mohun Bagan.

Iklan

"Tipu jika saya beritahu perjalanan ke India dengan transit lebih lima jam tidak menyebabkan pasukan keletihan. Bagaimanapun, saya yakin rakan sepasukan dapat sesuaikan diri dengan situasi ini dengan cepat.

"Alang-alang sudah penat tempuh satu perjalanan yang lama, kami nak buat sejarah di sini (India).

"Kalau boleh kami mahu mara ke peringkat seterusnya kerana kedatangan ke India bukan untuk lengkapkan jadual,” ujarnya.