PM UK Liz Truss lantik kabinet baharu

Iklan
Liz Truss - Foto AFP

LONDON - Perdana Menteri Britain, Liz Truss pada Selasa melantik barisan kabinet baharu yang antara lain menyaksikan bekas Setiausaha Kerja dan Pencen, Therese Coffey dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Kesihatan.

Truss dan Coffey berkawan rapat dan bersama-sama menceburi arena politik.

Iklan
Iklan

Kwasi Kwarteng dilantik sebagai Canselor Perbendaharaan dan beliau adalah bekas Setiausaha Perniagaan dan Tenaga.

Sementara itu, James Cleverly dilantik sebagai Setiausaha Asing, manakala bekas Peguam Negara, Suella Braveman sebagai Setiausaha Dalam Negeri.

Iklan

Empat jawatan utama di Britain ialah Perdana Menteri, Canselor, Setiausaha Luar dan Setiausaha Dalam Negeri dan buat kali pertama dalam sejarah tidak ada jawatan yang dipegang lelaki kulit putih.

Beliau turut melantik bekas calon kepimpinan Penny Mordaunt sebagai ketua Dewan Perwakilan, dan Lord True sebagai ketua Dewan Negara.

Iklan

Ben Wallace kekal sebagai Menteri Pertahanan manakala penyokong setia Boris Johnson, Jacob Rees-Mogg dilantik sebagai Setiausaha Perniagaan.

Parti Konservatif berbeza pendapat dalam beberapa isu, termasuk mengenai pelaksanaan dasar ekonomi yang wajar diteruskan di tengah-tengah prospek ekonomi negara yang semakin merosot, namun Truss mengutamakan kesetiaan berbanding perpaduan parti. - Bernama