Pengumuman pemakaian pelitup muka petang ini

Iklan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka pada petang Rabu.

Difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat oleh Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada jam 4 petang Rabu selepas perasmian Persidangan Persatuan Ubat Generik dan Biosimilar Antarabangsa (IGBA) - Organisasi bagi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Beliau pada Ahad memaklumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka minggu lalu.

Susulan daripada kenyataan tersebut pelbagai respons daripada rakyat menerusi media sosial yang memberikan pandangan termasuklah menyatakan belum tiba masanya Malaysia tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka terutama di kawasan tertutup kerana penularan Covid-19 belum reda.

Iklan
Iklan

Tidak kurang juga ada yang berpendapat sudah tiba masanya kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka dan memberi pilihan kepada orang ramai sama ada ingin memakai atau tidak.