Mayat lelaki ditemukan terapung

Iklan
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Rumbia. Foto: Ihsan Maritim Malaysia Perak

LUMUT - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di kedudukan 6.5 batu nautika barat laut Pulau Rumbia di sini, pada Selasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bot Maritim Perkasa 1223 digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima makluman daripada nelayan tempatan pada jam 7.55 pagi.

Iklan
Iklan

"Ketika ditemui mangsa hanya memakai seluar pendek dan baju singlet berwarna kuning. Pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri.

"Mayat dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Iklan

Menurut Mohd Hambali, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan orang hilang di laut setakat ini.

"Mana-mana individu yang mempunyai kehilangan ahli keluarga atau saudara segera hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Iklan

"Komuniti maritim juga diingatkan untuk tidak ke laut sekiranya cuaca buruk selain mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket ketika melakukan aktiviti di perairan negara," katanya.

Tambah beliau, sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri di talian 05-6838737 atau MERS 999.