Remaja terkejut, rakan mati bersama kekasih

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai seorang pemuda dan seorang pelajar perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Lubok Cina di sini.

ALOR GAJAH - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Masjid Tanah di sini masih terkejut selepas mengetahui rakan baiknya meninggal dunia dalam sebuah kereta pada Rabu.

Remaja berusia 16 tahun itu berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika menghantar rakannya ke Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau pada petang Selasa untuk bertemu seorang pemuda dipercayai teman lelaki mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas menghantar mangsa, dia berasa tidak sedap hati sehinggalah kakak rakannya itu menghubunginya kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, kakak rakannya itu memaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah sejak Selasa.

Iklan

Menurutnya, sebaik dimaklumkan berhubung perkara itu dia terus bergegas ke lokasi mangsa dihantar sebelum kejadian.

"Saya segera menyelak kain kanvas itu dan melihat kedua-dua mereka tidak sedarkan diri lalu menghubungi kakak mangsa," ujarnya.

Iklan

Pelajar Tingkatan Empat itu berkata, tidak menyangka pertemuan pada Selasa adalah kenangan terakhir mereka bersama.

Ujarnya, mangsa dipercayai menjalinkan hubungan kekasih dengan pemuda itu sejak lapan bulan lalu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang pemuda dan pelajar perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Japerun Ayer Limau, Lubok Cina di sini.

Mangsa lelaki berusia 20 tahun dan pasangannya berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dalam kereta tersebut.