Dua ditahan beri rasuah RM10 juta, projek pengangkutan awam

Iklan
Kedua-dua suspek direman tiga hari untuk membantu siasatan.

SHAH ALAM - Seorang pengurus kewangan dan ketua pemasaran sebuah syarikat ditahan berhubung pemberian rasuah lebih RM10 juta membabitkan urusan pengambilalihan kerja melibatkan projek pembinaan sistem pengangkutan awam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya semasa hadir memberi keterangan sekitar jam 9.30 malam pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Manakala suspek lelaki yang merupakan Ketua Bahagian Pemasaran syarikat yang sama pula, disyaki membuat pembayaran kepada enam individu dan entiti yang berbeza yang disyaki palsu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Iklan

Sumber tersebut memaklumkan, wanita terbabit bertanggungjawab melakukan pembayaran tersebut tanpa mematuhi prosedur kewangan dan perolehan syarikat.

Katanya, kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an direman tiga hari bermula Rabu.

Iklan