Aaron, Wooi Yik terima ganjaran RM250,000 seorang

Iklan
Aaron dan Wooi Yik menerima insentif daripada BAM di Akademi Badminton Malaysia pada Rabu. - Foto Bernama

BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Rabu menerima insentif berjumlah RM500,000 atas kejayaan mereka merangkul gelaran dunia sulung buat Malaysia, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, daripada jumlah itu, mereka menerima RM250,000 setiap seorang daripada badan induk berkenaan serta beberapa penaja rasmi lain.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kejayaan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selain menamatkan penantian Malaysia melahirkan juara dunia adalah sesuatu yang perlu dihargai dan berharap lebih ramai atlet muda negara mampu mengikut jejak langkah gandingan ranking kelima dunia itu.

"Kita berada di sini untuk meraikan kejayaan Aaron dan Wooi Yik kerana pencapaian mereka benar-benar cemerlang dan mereka berhak mendapat ganjaran hari ini, saya pasti akan ada banyak lagi (insentif).

Iklan

Dalam pada itu, Wooi Yik berkata, pemberian insentif berkenaan melonjak semangat beliau untuk memastikan slot layak ke Sukan Olimpik 2024 dapat dicapai dengan sokongan dan dorongan badan induk, penaja dan rakyat Malaysia.

Beliau berkata mereka kini sudah kembali menjalani latihan sejak Isnin lepas (5 September) untuk meningkatkan tahap ketahanan fizikal dan mental ketika berada dalam gelanggang sebagai persiapan menyertai kejohanan akan datang.

Iklan

Sementara itu, Aaron mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mempercayai kebolehan mereka dan akan terus mempamerkan corak permainan bermutu tinggi.

Pada 28 Ogos lepas, Aaron-Wooi Yik menewaskan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14 untuk menamatkan penantian 45 tahun Malaysia meraih gelaran di kejohanan dunia yang berlangsung di Tokyo, Jepun, sekali gus menjadi wakil negara pertama memenangi pertandingan berprestij itu. - Bernama