ICERD: PH jangan buat U-turn

Iklan
Jamal yang menyertai himpunan itu, semalam

SABAK BERNAM - Rakyat terpaksa menyertai Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bagi memastikan kerajaan tidak membuat 'pusingan U' sebagaimana janji manifesto PRU14 lalu.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, rakyat tidak yakin dengan janji kerajaan yang menegaskan tidak akan meratifikasi ICERD.

Iklan
Iklan

"Sebab itulah himpunan ini diadakan bagi mendesak kerajaan menunaikan janji tidak membenarkan ICERD di negara ini.

"Kita bimbang sebab manifesto PH pada PRU14 lalu tidak ditunaikan, sebaliknya menganggap (manifesto) bukanlah kitab suci," katanya.

Iklan

Jamal berkata, beliau hairan, hanya beberapa bulan mengambil alih pentadbiran Putrajaya, isu itu ditimbulkan kerajaan PH.

"Malaysia ini sebenarnya sudah aman...tidak ada satu pun rakyat Malaysia yang tertindas di dalam negara ini jika kaum Melayu dilindungi Perlembagaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, ekonomi negara yang selama ini dikuasai bukan Melayu menunjukkan contoh bahawa kerajaan dahulu tidak pernah menindas mana-mana kaum.

"Tetapi kalau mereka (kaum Melayu) ini tidak ada usaha dan tiada daya saing mereka pun akan tertinggal," katanya.

Jamal berkata, perhimpunan semalam dilaksanakan dengan aman apabila mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa.

"Saya percaya jika himpunan ini tidak dibenarkan dan tiada lesen, maka lebih ramai lagi yang akan datang dengan semangat luar biasa untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.

"Tetapi apabila himpunan ini dibenarkan, perhimpunan dilaksanakan dengan lebih aman dan tidak ada suasana provokasi dan sebagainya," katanya.