SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menasihatkan parti pro Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengumumkan kerusi bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Rafizi berkata, tindakan itu akan mewujudkan salah faham kerana parti di bawah gabungan PH harus fokus untuk berhadapan BN dan Perikatan Nasional (PN).
Iklan
Iklan
"Benda ni (kerusi hendak ditandingi ) kena bincang tertutup, bukan umum, nanti bising lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Rabu.
Rafizi mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar yang menamakan Parlimen Kuala Pilah sebagai antara kerusi akan ditandingi oleh parti pada PRU15.
Selain itu, Tarmizi mengumumkan Muda Negeri Sembilan akan menumpukan kepada kerusi-kerusi ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14.
Pada Selasa, Muda sebulat suara bersetuju untuk menyertai PH sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.
Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda berlangsung pada Isnin dan Selasa.