Pinda hukuman lebih tegas sebar video lucah kanak-kanak

Iklan
Carian laman web pornografi kanak-kanak di Malaysia yang tinggi agak membimbangkan. - Gambar hiasan

SHAH ALAM- Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa kerajaan menggubal atau meminda hukuman lebih tegas terhadap individu yang terlibat dengan perbuatan menonton atau penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.

Ketua pemudanya, Naim Brundage berkata, hal ini kerana menerusi dapatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 106,764 alamat Protokol Internet (IP) yang berdaftar di negara ini terlibat dengan perkongsian bahan lucah melibatkan warga tersebut.

Iklan
Iklan

Jelasnya, hal ini adalah sesuatu perkara yang membimbangkan serta memerlukan tindakan pantas daripada kerajaan dalam menanganinya.

"Seperti semua tahu, kanak-kanak adalah antara golongan yang paling terdedah, sekali gus segala usaha harus diambil bagi melindungi mereka.

Iklan

"Usaha ini pula memerlukan penglibatan semua pihak, daripada ibu bapa, guru-guru sehinggalah agensi penguat kuasa.

Ujar Naim, perbuatan tersebut juga boleh mewujudkan kelakuan negatif lain seperti sikap agresif dan juga tekanan kepada diri.

Iklan

Beliau juga turut mengulas bahawa dengan ledakan teknologi terkini di alam maya terdapat sekurang-kurangnya 500,000 laman sesawang dan 370 juta laman yang menyebarkan bahan tersebut.

"Ada laporan mendapati pada setiap saat, lebih 30,000 pengguna internet melayari laman pornografi, manakala 68 juta pengguna lagi melakukan carian bahan-bahan lucah setiap hari.

"Pornografi di internet sangat mudah diakses, murah dan identiti penggunanya tidak terdedah kerana terlindung di sebalik media-media sosial, e-mel dan aplikasi mudah alih. Tidak dinafikan manfaat daripada internet terlalu banyak, namun begitu juga dengan elemen-elemen negatifnya,” katanya.

Pada masa yang sama, Naim juga meminta supaya kerajaan memperkasakan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) serta Unit Siasatan Jenayah Terhadap Kanak-Kanak (MICAC) bagi membendung jenayah ini dengan lebih berkesan.

"Kita perlu bertindak sebelum terlambat kerana berdasarkan maklumat diperoleh D11, aktiviti melayari internet, termasuk memuat naik dan memuat turun bahan pornografi kanak-kanak di negara ini semakin meningkat saban tahun. Perkembangan ini sememangnya trend yang sangat membimbangkan,” tegasnya.