Keretapi Sarong 2022

Iklan
Program 'flash mob' Keretapi Sarong 2022 kini kembali setelah dua tahun tergendala susulan penularan Covid -19 bagi meyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini bertema 'Retro Kuala Lumpur' di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari ini.

Penganjuran pada tahun ini akan dimulakan serentak di tujuh stesen tren RapidKL dan ERL yang akan diketuai kumpulan sukarelawan di setiap lokasi menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan.

Stesen terlibat adalah LRT Subang Jaya, MRT Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang.