PARIT - UMNO Perak memuktamadkan tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO akan bergerak sendirian dan kerjasama yang terjalin kini hanya sebagai rakan dalam kerajaan negeri.
Iklan
Iklan
"Kami bekerjasama sebagai rakan dalam kerajaan tetapi untuk pilihan raya kita pergi sendiri, muktamad," katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang XP Power (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Seri Iskandar di sini pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata, kerajaan Perak akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi meminda Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.
"Sidang DUN khas itu akan diadakan selepas RUU peringkat nasional diwartakan sebab kita akan gunakan Jadual Kelapan (Perlembagaan Persekutuan)," katanya.
Artikel Berkaitan