Tiga bulan pemain MUFC tidak bergaji

Iklan
Melaka United FC

MASALAH gaji yang melanda Melaka United FC (MUFC), seolah tiada kesudahan selepas Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan tunggakan gaji membabitkan skuad Kancil itu sudah mencecah tiga bulan.

PFAM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil serius masalah tunggakan gaji yang dihadapi pemain dan akan membantu untuk membela hak pemain dari masa ke masa.

Iklan
Iklan

"Sehingga hari ini, pihak PFAM masih menunggu agar suatu tarikh ditetapkan oleh FAM bagi membincangkan perkara ini di Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC).

"PFAM juga menggesa agar penetapan tarikh perbicaraan di NDRC dipercepatkan agar proses pembelaan dapat dijalankan dengan segera.

Iklan

"Pihak kelab dinasihatkan agar sentiasa menghormati obligasi yang sudah dipersetujui di dalam kontrak agar dapat menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak," kata persatuan itu.

Sebelum ini, PFAM sudah menerima laporan daripada 17 pemain MUFC mengenai isu tunggakan gaji yang sedang dihadapi mereka bagi bulan Jun dan Julai serta baki bayaran bagi Januari 2022.

Iklan