SEBANYAK 50 buah bas disediakan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berkonvoi ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan pertembungan akhir Piala FA antara skuad Harimau Selatan mementang Terengganu FC (TFC), Sabtu ini.
Presidennya, Azman A Jalil, berkata bas yang membawa kira-kira 2,000 ahli kelab itu, dijangka bergerak seawal jam 8 pagi pada hari berkenaan bagi mengelakkan kesesakan.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 50 buah bas itu tidak termasuk dengan kelab-kelab dari daerah lain di negeri ini dan jumlah penyokong yang akan ke stadium dari Johor adalah lebih ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, bagi aksi final Piala FA, kelab sudah semestinya mengharapkan kemenangan buat JDT untuk menambah koleksi piala dan meletakkan sasaran Harimau Selatan itu menewaskan Terengganu FC sekurang-kurangnya 2-0. - Bernama