KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyita sebuah kilang ais di Pengkalan Chepa di sini pada Isnin lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sitaan melibatkan perkakas dan peralatan di kilang tersebut selepas didapati beroperasi tanpa lesen.
Iklan
Iklan
"Selain itu kilang tersebut tidak mematuhi kehendak bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Khamis.
Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin
Beliau berkata, JKNK akan terus membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pengilang terus patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.