JAKARTA - Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur pada Rabu, kata Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono pada Khamis, lapor Xinhua.
"Kedua-dua mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) disahkan maut," kata laksamana itu pada sidang akhbar.