Empat maut insiden tembakan di Memphis

Iklan
Gambar hiasan.

WASHINGTON - Empat orang maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembak-menembak di bandar Memphis, Tennessee, di Amerika Syarikat (AS).

Suspek berjaya ditahan, kata polis bandar itu pada Khamis, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Pada Rabu, polis melaporkan insiden tembak-menembak berlaku di tujuh lokasi berbeza di Memphis, dalam tempoh beberapa jam.

Dia sebelum ini pernah disabitkan dengan cubaan membunuh tahap pertama pada 2020 dan menjalani hukuman penjara selama kira-kira setahun.

Iklan

Menurut jurucakap polis Karen Rudolph, suspek ditahan kira-kira 9 malam waktu tempatan (02:00 GMT) di kejiranan Memphis di Whitehaven. - Bernama

Iklan