Lelaki cuba culik kanak-kanak ada masalah mental

Iklan
Tangkap layar menunjukkan kekecohan yang berlaku selepas seorang lelaki didakwa ingin menculik seorang kanak-kanak berhampiran Dataran Masjid Muhammadi di Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak di taman permainan berhampiran Dataran Masjid Muhammadi di sini mempunyai masalah mental.

Perbuatan lelaki berusia 20-an itu tular selepas pemilik Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) memuat naik empat video masing-masing berdurasi 9, 14,15 dan 27 saat yang memaparkan tindakan orang awam menangkap seorang lelaki didakwa ingin menculik seorang kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, bagaimanapun pada Khamis jam 12.27 tengah malam pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian seorang lelaki yang menyatakan telah menangkap suspek di taman permainan terbabit.

"Suspek yang tidak bekerja itu telah ditahan dan hasil ujian saringan awal dadah ke atasnya adalah negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Iklan

Beliau berkata, suspek dirujuk ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit

Iklan