Sukma 2022: Kelantan sasar 13 pingat emas

Iklan
Ahmad Yakob (tengah) pada gimik perasmian penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Kelantan ke Sukma 2022 pada Khamis. -Foto Bernama

KONTINJEN Kelantan menyasarkan 13 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September ini.

Exco Sukan negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sasaran ditetapkan itu meningkat berbanding hanya enam pingat emas diperoleh pada Sukma Perak 2018.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sasaran dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet menerusi beberapa kejohanan yang mereka sertai sebelum ini.

"Malah persiapan atlet juga dilakukan sejak awal tahun lepas walaupun ketika itu kita berdepan dengan Covid-19,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, di Kota Bharu pada Khamis

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Iklan

Wan Roslan berkata, seramai 334 atlet Kelantan akan menyertai 27 acara sukan pada Sukma 2022. - Bernama