Potter ganti Tuchel di Stamford Bridge

Iklan
Graham Potter

CHELSEA mengesahkan pelantikan Graham Potter sebagai pengendali baharu The Blues menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat sebelum ini.

"Saya amat berbangga dan teruja menjadi sebahagian keluarga Chelsea FC, sebuah kelab bola sepak liga Inggeris dan Eropah yang hebat.

Iklan
Iklan

"Malah saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan kumpulan pemilik baharu Chelsea dan tidak sabar bertemu, bekerjasama dengan para pemain.

Pada masa sama, Potter diikat lima tahun di Stamford Bridge juga berterima kasih kepada Brighton & Hove Albion kerana memberikan peluang mengembangkan karier bersama The Seagulls.

Iklan

"Terima kasih Kelab Bola Sepak Brighton & Hove Albion khususnya Tony Bloom dan semua pemain, kakitangan dan penyokong atas sokongan berterusan mereka sepanjang saya di kelab," katanya dijadualkan memulakan tugas berdepan Fulham hujung minggu ini.

Untuk rekod, pelantikan Potter menjadikan pengendali berusia 47 tahun itu, pengurus pertama era Todd Boehly-Clearlake Capital Chelsea.

Iklan