Kita jaga ekonomi kita

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

BEBERAPA hari lalu kita dikejutkan dengan laporan ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Keadaan ini berlaku apabila lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu berikutan prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Iklan
Iklan

Mungkin ramai tidak sedar akan situasi ini kerana tidak terlibat secara langsung dengan industri import dan eksport, ataupun tidak keluar negara. Maka tidak merasakan bahangnya.

Di sebalik apa yang berlaku di negara barat, di Malaysia pula pusat peranginan, hotel, chalet, penerbangan termasuk kapal pelayaran habis ditempah terutama ketika musim cuti sekolah.

Iklan

Sektor pelancong merupakan salah satu ‘pengubat’ paling cepat untuk menyemarakkan ekonomi negara.

Tidak hairanlah pelbagai kempen melancong dalam negara dengan promosi ‘gila-gila’ ditawarkan bagi menarik minat orang ramai.

Iklan

Pun begitu, rakyat Malaysia digalakkan melancong dalam negara berbanding luar negara untuk menghidupkan kembali ekonomi pelancongan domestik, walaupun Covid-19 belum pulih sepenuhnya.

Sama ada disedari atau tidak, ini masa terbaik menghidupkan semula kempen ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ agar pengaliran wang tidak mengalir keluar, sesuai dengan slogan ‘Kita Jaga Kita’ semasa Covid-19 lalu.

Pasar raya Mydin antara yang menunjukkan contoh terbaik dengan menggalakkan orang ramai membeli barangan tempatan.

Inisiatif Mydin ini memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk melebarkan sayap perniagaan mereka.

Bagaimanapun, kempen ini perlu disertai pemain-pemain besar dalam industri tempatan yang lain dan bukan setakat rakyat sahaja untuk menyahutnya.

Selain Mydin, pasar raya KK Mart dan Giant turut mengadakan kempen yang sama iaitu mengasingkan barang buatan Malaysia dan meletakkan di kawasan rak hadapan, bukan tersorok dari pandangan mata.

Jika semua pihak sama ada kerajaan, pemain industri dan rakyat sama-sama memainkan peranan menjayakan kempen ini, mungkin ekonomi negara akan menemui ‘cahaya di hujung terowong’ dengan lebih cepat.

Jika kita pernah berdepan krisis Covid-19 dulu dengan semangat ‘Kita Jaga Kita’, apa kata kita menggunakan semangat yang sama untuk menggalakkan orang ramai membeli barangan buatan tempatan dengan slogan ‘Kita Jaga Ekonomi Kita’ pula.