Piala FA: Peluang JDT, TFC sama rata

Iklan
Para pemain TFC giat menjalani sesi latihan rasmi menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Khamis. - Foto Bernama

SEKIRANYA rekod di atas kertas, nampaknya perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu ini sudah tentu tidak memihak kepada skuad Terengganu FC (TFC) apabila pernah tewas dua kali kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super musim ini.

Bagaimanapun bagi jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim, rekod itu tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan prestasi semasa skuad Nafuzi Zain boleh dikatakan pada tahap terbaik selepas memenangi semua lima perlawanan liga sebelum ini.

Iklan
Iklan

Justeru, Irfan Bakti menjangkakan aksi sengit bakal ditampilkan kedua-dua pasukan itu sambil memberitahu kedua-dua pasukan mampu untuk merebut piala itu.

"Berdasarkan prestasi semasa Terengganu ketika ini yang menang kesemua lima perlawanan sebelum ini, saya tidak menolak mereka mampu untuk cipta kejutan pada perlawanan akhir nanti.

Iklan

"Jadi mungkin pada perlawanan akhir nanti Nafuzi boleh mengulang kejayaan itu dan bawa Piala Fa balik ke bumi Terengganu,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Khamis.

Mengenai JDT, Irfan mengakui meskipun pasukan itu sedikit bergelut dalam beberapa perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu, Hector Bidoglio, beliau percaya Harimau Selatan akan bangkit untuk memberi aksi yang terbaik.

Iklan

Malah jelasnya, beberapa pemain JDT seperti Ariff Aiman Hanapi juga mampu menjadi ancaman buat TFC pada perlawanan itu.

"Walaupun JDT sedikit bergelut dalam beberapa perlawanan di bawah jurulatih baharu, saya tak rasa mereka akan biarkan perkara itu begitu sahaja.

"Saya percaya JDT akan jadi JDT yang sentiasa dahagakan kemenangan pada perlawanan akhir nanti,” ujarnya.