Mendez bikin United berputih mata di Old Trafford

Iklan
Mendez

GERGASI Liga Inggeris, Manchester United menyingkap saingan Kumpulan E Liga Europa dengan noktah kekalahan tipis 0-1 ketika melayan kunjungan kelab La Liga Sepanyol, Real Sociedad.

Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, anak buah Erik ten Hag bermula garang mengasak skuad kendalian Imanol Alguacil dalam memburu jaringan.

Iklan
Iklan

The Red Devils berpeluang mendahului pelawat menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-35, namun penyudah peledak berbisa itu dibatalkan kerana 'offsaid' untuk kedudukan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di babak pertama.

Sebelum itu, pasukan dari Liga Inggeris, Manchester United, Arsenal dan West Ham United (Liga Konferensi) yang beraksi pada kejuaraan tahap dua serta tiga kelab Eropah turut memakai lilitan hitam di lengan.

Iklan

Para pemain Manchester United dan West Ham juga berdiam seminit sebelum sepak mula sebagai penghormatan terhadap pemergian Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun pada Jumaat.

Los Txuri-Urdin yang hanya melakukan lapan percubaan berbanding 15 tuan rumah akhirnya berjaya menjelmakan gol menerusi Brais Mendez pada minit ke-59.

Iklan

Gol terhasil selepas sepakan sudut Takefusa Kubo yang diterjemahkan David Silva terkena tangan Lisandro Martinez selepas melantun dari lutut yang kemudiannya disahkan video bantuan pengadil (VAR).

Mendez yang mengambil tanggungjawab itu kemudiannya tenang menewaskan David De Gea untuk gol tunggal perlawanan.