LONDON - Ratu Elizabeth II akan dimakamkan di sebuah gereja kecil Raja George VI di Istana Windsor, Berkshire di England yang dijangka disempurnakan pada minggu depan.
Rancangan untuk pemakaman Ratu Elizabeth II kini sedang dilakukan ketika negara itu bersedih atas kehilangan ratu yang paling lama bertakhta dalam sejarah British dan akan dimakamkan di gereja tersebut.
Gereja kecil itu dinamakan sempena ayahandanya, Raja George VI dan dibina pada tahun 1969 di dalam Gereja Kecil St George yang utama.
Gereja berkenaan juga merupakan tempat pemakaman ayahanda dan bonda Ratu Elizabeth II.
Ayahandanya menjadi Raja England dari tahun 1936 hingga 1952.
Sebagai anakanda sulung, Ratu Elizabeth II kemudian menggantikan ayahandanya yang mangkat pada 6 Februari 1952 dan menduduki takhta sehingga 8 September 2022 iaitu selama 70 tahun dan 214 hari.
Ratu Elizabeth II mangkat ketika berumur 96 tahun di kediamannya di Balmoral, Scotland pada tengah hari Khamis waktu tempatan selepas kesihatannya semakin merosot.
Menurut akhbar The Sun, makamnya akan terletak bersebelahan dengan suaminya, mendiang Putera Philip yang meninggal dunia pada April tahun lalu.
Sebelum ini, mendiang suaminya itu dikebumikan di makam diraja di Istana Windsor, namun ia akan dipindahkan di gereja kecil tersebut. - Agensi