Heung-min tenang tak menggelabah

Iklan
Heung-min

[DIKEMAS KINI] PENYERANG Tottenham, Son Heung-min mengakui tidak bimbang kemarau golnya sejak permulaan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Malah pemain dari Korea Selatan itu percaya dia mampu menamatkan kebuntuan jaringan dalam masa terdekat sekali gus akan membarakan kembali kempen pemburuan gol seperti musim lalu.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya saya tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan musim ini. Biarpun diakui berdepan beberapa detik-detik malang dalam beberapa permainan, namun ia menjadikan saya lebih kuat untuk kembali bersaing.

"Ini adalah sesuatu yang saya dapat lihat dan akan menjadi penambahbaikan bagi karier. Saya percaya masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Heung-min meledak 12 gol dalam 14 perlawanan terakhirnya musim lalu sekali gus membolehkannya meraih Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama bintang Liverpool, Mohamed Salah, namun tidak dapat meneruskan prestasi itu setakat musim ini.

Dia gagal menemui sentuhan jaringan dalam tujuh perlawanan pembukaan musim ini dan sekali lagi dikecewakan ketika Tottenham melakar kemenangan 2-0 ke atas Marseille, dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di Stadium Tottenham Hotspur baru-baru ini.

Iklan

Pada masa sama bekas pemain Bayer Leverkusen berusia 30 tahun itu menegaskan perkara yang paling penting kini adalah semua pemain memberikan kerjasama dalam memastikan pasukan meraih keputusan positif dalam setiap perlawanan.

"Paling penting ialah kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan. Saya akan melakukan yang terbaik diperlukan pasukan dalam mencabar kejuaraan liga.

"Dalam beberapa perlawanan sebelum ini saya benar-benar kecewa apabila setiap percubaan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan gol membuatkan saya hanya ketawa sendiri.

"Biarpun begitu saya tidak terlalu bimbang mengenainya kerana pasukan dan kakitangan serta semua para penyokong membantu saya.

"Saya percaya jika saya menjaringkan satu jaringa, keyakinan akan kembali membara kemudiannya motivasi untuk menjaringkan lebih banyak gol lagi," ujarnya.