Projek pembangunan utama di pantai timur diteruskan: PM

Iklan
Ismail Sabri (duduk depan kanan) bersama pemimpin yang hadir pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat pada Jumaat.

TUMPAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan meneruskan projek utama di pantai timur bagi memastikan kawasan itu tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan.

Ismail Sabri berkata, projek itu membabitkan pembinaan Jambatan Sungai Golok dan Pengkalan Kubor-Takbai (Kelantan), Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3, Terengganu) dan projek pelebaran Lebuh Raya Kuantan Segamat, Fasa 2 (Pahang).

Iklan
Iklan

"Kesemua projek itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 2/2022 tadi," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Iklan

Ismail Sabri berkata, projek LPT3 melibatkan jajaran sejauh 147 kilometer (km) bermula dari Gemuruh di Terengganu sehingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju untuk melebarkan jalan projek Lebuh Raya Kuantan - Segamat, Fasa 2 sejauh 51 km dari Runchang ke Simpang 3 Keratong di Pahang.

Iklan

Ismail Sabri berkata, Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Golok Fasa 2 berjumlah RM897 juta turut diluluskan.

Katanya, keputusan itu memperlihatkan kerajaan Persekutuan berlaku adil kepada semua negeri di Malaysia.