Final Piala FA: Terengganu tekad lakar kejutan

Iklan
Nafuzi

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain percaya pasukannya mampu mencipta kejutan sekiranya berjaya menampilkan aksi yang maksimum pada perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Jelas Nafuzi, ia bukanlah satu perkara yang mustahil memandangkan pasukannya pernah menewaskan JDT di laman sendiri pada aksi Liga Super musim lalu.

Iklan
Iklan

Justeru beliau mengharapkan pasukannya mampu memberikan aksi yang terbaik dalam misi membawa pulang trofi Piala FA buat ketiga ke Terengganu.

"Bagi saya untuk meraih kemenangan menentang pasukan yang berada di 'top level', bukanlah satu perkara yang mudah. Bagaimanapun kami pernah melakukannya sebelum ini pada musim lepas.

Iklan

"Kuncinya adalah kami perlu memberi aksi yang maksimum sambil mengharapkan tuah menyebelahi kami pada perlawanan ini.

"Jadi saya berharap para pemain dapat menikmati aksi esok dan beri yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” katanya pada sidang media pra perlawanan final Piala FA pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, ketika ditanya status penjaga gol Terengganu, Muhammad Rahadiazli Rahalim yang sebelum ini mengalami kecederaan, Nafuzi memberitahu pemain tinggi lampai itu sudah mula menjalani latihan bersama pasukan.

Bagaimanapun, keputusan penuh sama ada pemain itu akan diturunkan esok bergantung kepada laporan perubatan doktor dan keyakinan pemain itu sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya.

"Dia (Rahadiazli) sudah mula menyertai latihan bersama pasukan semalam dan keadaan dia kini semakin baik.

"Keputusan sama ada dia akan main atau tidak bergantung kepada laporan perubatan yang akan dikeluarkan kelak.

"Untuk pemain-pemain lain, semua berada dalam keadaan baik. Malah saya juga 'tengah pening' untuk memikirkan barisan pemain terbaik untuk diturunkan esok,” ujarnya.