ECERDC hampiri sasaran pelaburan RM14 bilion

Iklan
Ismail Sabri (kiri) ketika merasmikan Laman Warisan Kampung Laut di Tumpat pada Jumaat.

TUMPAT - Majlis Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menghampiri sasaran pelaburan RM14 bilion apabila berjaya menarik pelaburan sebanyak RM13 bilion sehingga 31 Ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan itu bakal menjana 7,080 peluang pekerjaan sekali gus menjadi nadi dalam menggerakkan ekonomi setempat.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, kerajaan menghargai usaha penuh ECERDC dalam menerajui inisiatif-inisiatif pemulihan ekonomi negara di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Iklan

Katanya, usaha itu melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan modal insan, projek-projek strategik dan penarikan pelaburan baharu.

Ismail Sabri berkata, dengan adanya Pakej Insentif Khas Kelantan dan pembukaan sempadan negara, ECERDC dijangka menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke ECER.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah membelanjakan M40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut.

"Laman Warisan Kampung Laut memberi peluang kepada karyawan- karyawan seni tempatan untuk memasarkan hasil tangan seperti batik, wau dan barangan kraftangan kepada para pengunjung selain terus mengekalkan budaya seni dan kraftangan Melayu dalam kalangan generasi muda,” jelas beliau.