M Daud Kilau sudah sedar

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

IPOH - Artis veteran tanah air, Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengalami sesak nafas pada Rabu telah mula sedarkan diri dan mahu makan seperti biasa.

Perkara itu dimaklumkan anak keduanya, Ahmad Zaini, 51, bahawa bapanya mula menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif berbanding sebelumnya.

Iklan
Iklan

Sementara itu, isteri M Daud Kilau, Datin Rohani Awang Ngah, 62, berkata, keadaan penyanyi veteran tanah air itu masih lemah, namun sudah boleh diajak bersembang.

"Bila saudara mara datang, dia bersembang juga, tapi tidak boleh lama. Bila rasa penat dia akan pejamkan mata semula dan tidur," jelas beliau.

Iklan

Penyanyi berusia 84 tahun itu sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada tengah malam Rabu selepas mengalami sesak nafas.

Sepanjang rawatan, beliau dalam pemantauan rapi doktor dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Penyanyi yang mendapat julukan Raja Gelek Malaysia itu telah berdepan masalah kesihatan sejak enam tahun lalu dan pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dua tahun lepas.