JDT mahu elak 'mimpi ngeri' berulang

Iklan
Hector (kiri) pada sidang media pra perlawanan menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak mahu mimpi ngeri tewas kepada Kuala Lumpur City FC, 2-0, di pentas final Piala Malaysia tahun lalu berulang ketika berdepan Terengganu FC pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.

Pengendalinya, Hector Bidoglio mengakui pemain-pemainnya kini sudah melupakan tragedi tersebut sambil memberitahu kesemua mereka sudah mendapat pengajaran yang berguna dalam memastikan 'tragedi' sama tidak berulang pada final malam esok.

Iklan
Iklan

"Kita akan meneruskan (apa dilakukan jurulatih terdahulu) dan mengekalkan intensiti yang sama dan bekerja keras. Saya akan tunjukkan cara untuk memenangi perlawanan ini.

"Kita menghormati TFC tetapi saya yakin kita mampu memberikan persembahan yang fantastik. Kami berharap perlawanan akan berpihak kepada kita," katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut pertembungan menentang skuad Penyu, jurulatih dari Argentina itu menjelaskan mereka sudah menjalankan kerja rumah dalam memastikan trofi Piala FA kembali ke bumi Johor semula.

Malah beliau turut mendedahkan, pasukannya bakal tampil dengan strategi yang lebih baik berbanding sebelum ini bagi menewaskan Terengganu esok.

Iklan

"Kita sudah menentang mereka sebelum ini jadi kita tahu mengenai pasukan itu. Mereka bermain penguasaan bola dan memiliki pemain yang baik.

"Tetapi kita perlu fokus pada pasukan sendiri dan bermain corak permainan kita, perlu 'compact' dan menutup ruang untuk mereka melancarkan serangan.

"Semua pemain bersedia untuk diturunkan pada aksi malam esok," katanya.