Kipre tekad robek gawang JDT

Iklan
Kipre (kiri) ketika sidang media praperlawanan final Piala FA Terengganu menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

PENYERANG import Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre dan barisan skuad Penyu tekad mahu untuk memecahkan benteng Johor Darul Ta'zim (JDT) pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu.

Pemain berusia 34 tahun itu berkata, meskipun mengakui ia bukan satu tugas mudah untuk berdepan barisan pertahanan Harimau Selatan yang menjadi benteng paling kebal di Liga Malaysia (Liga M) musim ini, namun dia dan barisan serangan akan memberi aksi terbaik bagi membantu Terengganu menjulang piala berkenaan pada perlawanan akhir.

Iklan
Iklan

"Apa yang boleh saya katakan mereka (JDT) memiliki barisan pertahanan yang baik dan mereka tidak melepaskan banyak gol. Tapi ini perlawanan final yang mana peluang untuk menang adalah 50-50.

"Untuk perlawanan akhir ini pemain serangan perlu lebih klinikal dan tidak boleh melepaskan peluang terhidang. Ini kerana pada perlawanan akhir ini, tidak banyak peluang yang anda akan dapat.

Iklan

"Kami akan cuba untuk pecahkan benteng mereka. Walaupun kami menghormati mereka sebagai satu pasukan yang kuat namun tapi kami juga tidak gentar untuk bertemu sesiapa sahaja,” katanya pada sidang media praperlawanan final Piala FA TFC menentang JDT di Stadium Nasional, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Kipre mengakui teruja dapat membuat penampilan di pentas final Piala FA, sambil berharap tidak banyak kesilapan dilakukan pada aksi tersebut seperti dalam perlawanan sebelum ini.

Iklan

"Paling penting bukan mengenai perkara yang lepas, tapi untuk mencipta sejarah baharu. Saya fikir kami ada pengalaman untuk memenangi piala kali ini,” katanya