Maritim tahan dua bot rekreasi

Iklan
Anggota Maritim Malaysia melakukan rondaan.

MELAKA - Dua buah bot rekreasi ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dalam rondaan dilakukan dari pantai Puteri, Melaka hingga ke pantai Port Dickson, Negeri Sembilan minggu ini.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, bot berkenaan ditahan pada 7 dan 8 September selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Iklan
Iklan

"Antara kesalahan dilakukan adalah jurumudi tidak memiliki 'Certificate Of Competency' dan bot beroperasi tanpa lesen dari Jabatan Laut Malaysia.

Menurutnya, rondaan darat itu dilakukan sempena cuti persekolahan penggal kedua tahun ini bertujuan memberi nasihat keselamatan kepada pengunjung.

Iklan

Pada masa sama katanya, bagi memantau pengusaha bot rekreasi supaya mematuhi peraturan ditetapkan.

"Maritim Malaysia sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, dan meminta orang ramai menyalurkan sebarang aktiviti jenayah dan kecemasan di laut.

Iklan

"Pengunjung pantai rekreasi dinasihatkan mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di air serta sentiasa peka dengan perubahan cuaca tidak menentu pada fasa peralihan Monsun Timur Laut di pertengahan bulan ini," jelas beliau.