PM ucap takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

Iklan
Ismail Sabri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili seluruh Keluarga Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada seluruh kerabat Diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Beliau berkata, baginda yang juga Raja Britain paling lama menduduki takhta, terkenal dengan sifat dedikasi dalam menjaga kebajikan rakyatnya.

Iklan
Iklan

Menerusi catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, jasa baginda mengekalkan hubungan baik United Kingdom dan negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia sentiasa diingati dan dihargai.

Sementara itu, menerusi ciapan di Twitternya, Ismail Sabri menyifatkan kemangkatan baginda, benar-benar suatu kehilangan yang amat besar kepada negara Komanwel dan dunia.

Iklan

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, mangkat pada usia 96 tahun.

Ismail Sabri turut mengirim perutusan takziah kepada rakan sejawatannya di United Kingdom (UK) Elizabeth Truss.

Iklan

Dalam surat yang dikongsi oleh Pejabat Perdana Menteri itu, beliau berkata baginda akan sentiasa diingati atas pengabdian yang tidak berbelah bahagi.

"Baginda akan dihormati kerana komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada Komanwel dan sumbangan baginda dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara UK dan Malaysia.

"Ingatan dan doa kami bersama rakyat UK yang sedang berduka cita dan berkabung dalam saat kehilangan ini," catat perdana menteri. - Bernama